Tentang KamiPersada Herbs Distribution
PERSADA HERBS DISTRIBUTION telah ditubuhkan pada bulan November 2009 dan merupakan sebuah syarikat bumiputera yang berdaftar di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1965. Pada awal penubuhan, syarikat telah menjual produk makanan tambahan yang berasaskan madu kelulut, sarang burung walit, herba tempatan dan pemakanan sunnah. Demi menjaga kualiti produk, kestabilan harga dan produk serta status halalan toyyibban, syarikat telah menubuhkan sebuah kilang pemprosesan sendiri di bawah syarikat Anugerah Alam Manufacturing Sdn. Bhd. yang beralamat di No 31, Jalan Nagasari 17, Bandar Segamat Baru, 85000 Segamat, Johor. Syarikat menjalankan aktiviti perniagaan secara perdagangan dan OEM.
Syarikat Persada Herbs Distribution telah diasaskan oleh Mohd Faizzall Chai bin Abdullah. Kini, Persada menawarkan rangkaian produk yang berasaskan kesihatan yang lengkap untuk seisi keluarga, dan dalam perancangan untuk menambah rangkaian produk baru yang berasaskan herba dan bahan semulajadi yang berkualiti tinggi. Kesemua produk keluaran Persada merupakan produk buatan tempatan dan telah mendapat pengiktirafan daripada GMP, HACCP, dan sijil halal daripada Jakim.
VISI
Menjadikan Persada Herbs Distribution sebuah syarikat yang unggul dan efektif dengan menawarkan mutu perkhidmatan dan produk yang terbaik serta berkualiti.
MISI
Menghasilkan produk dan makanan yang halal bagi memenuhi permintaan rakyat Malaysia.
Menghasilkan produk dan makanan yang halal berasaskan pemakanan sunnah, herba dan madu kelulut bagi memenuhi kehendak dan permintaan masyarakat.